MOHON Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan program mengecat semula rumah flat awam khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah sekitar Kuala Lumpur yang kelihatan sangat lusuh. Baru-baru ini saya memandu di Lebuh Raya Duta – Ulu Klang Fasa 2 (Duke 2) dan melihat beberapa flat kos rendah sekitar Sentul dan Setapak seperti rumah terbiar, penuh dengan kulat dan warna cat pudar teruk. Seringkali kedengaran kos untuk mengecat…










