KUALA LUMPUR 28 Sept. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merasmikan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018, malam ini. Beliau yang segak berbaju Melayu berwarna ungu tiba tepat pukul 8.40 malam diiringi barisan kepemimpinan tertinggi parti berteraskan Melayu itu termasuk Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Turut…










