JOHOR BAHRU 25 Sept. – Tindakan menyebarkan surat Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Mandarin dalam urusan rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tanpa menyertakan lampiran utama dalam Bahasa Melayu adalah berniat jahat. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Tan Hong Pin berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu harus dihentikan segera kerana menimbulkan salah faham. Beliau berkata, perbuatan tersebut menjurus kepada mengapi-apikan isu perkauman dalam keadaan…










