KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga rumah kosong dan sebuah kedai dua tingkat musnah dalam satu kebakaran berhampiran Pasar Batu 5, Jalan Ipoh, Batu 5 di sini awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 2.47 pagi. “Seramai 34 anggota bomba beserta enam jentera dan sebuah kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) dari Balai…










