Tiga kereta dan tujuh motosikal hangus terbakar - Utusan Malaysia

Tiga kereta dan tujuh motosikal hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 17 Sept. – Tiga buah kereta yang diletakkan di tempat parkir Menara Riverview, Sungai Pinang di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, kejadian yang berlaku pada pukul 4.22 pagi itu turut menyebabkan tujuh buah motosikal hangus.

Katanya, api berjaya dipadamkan pada pukul 5.16 pagi sekaligus mengelakkan lebih banyak kenderaan yang diletakkan di tingkat empat bangunan berkenaan terbakar.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.05 pagi dan tiada mangsa terlibat,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada perbuatan khianat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN