IPOH – Perselisihan faham berkaitan perbezaan gaji menjadi punca seorang pengawal keselamatan Orang Asli suku Semai ditembak mati rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kilang ubat di Taman Farmasi, Seri Iskandar Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, perasaan tidak puas hati antara mangsa, Masri Pandak, 37, dengan suspek yang berusia 52 tahun itu disyaki bermula sejak tiga bulan lalu. “Suspek beranggapan mangsa cuba…










