MELAKA – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di semua peringkat yang dijadual bermula minggu hadapan tidak perlu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjalanan kempen pemilihan tersebut kini sudah berada di peringkat akhir dan perlu dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. “Di antara parti dengan kepentingan menang di kawasan mana lebih penting? Kalau dua-dua penting kamu dah berkempen selama sebulan cukuplah,…











