Tidak perlu jentera kerajaan - Anwar - Utusan Malaysia

Tidak perlu jentera kerajaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada kemudahan atau jentera kerajaan akan diguna bagi membantu kempen beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bulan depan.

Anwar yang hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRK tersebut malah meminta supaya mana-mana kementerian yang telah mengatur program di kawasan Parlimen berkenaan menangguhkannya buat sementara waktu.

Beliau berkata, perkara itu penting untuk memberi signal kepada rakyat bahawa PH berkempen pada PRK ini secara bersih dan telus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tegaskan bahawa tidak mahu kemudahan dan jentera jerajaan digunakan dalam PRK ini. Saya mahu mereka datang sebagai pemimpin parti.

“Ada program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Port Dickson yang telah diatur sebulan awal, namun Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terpaksa membatalkannya. Sebab tidak mahu dilihat menggunakan kemudahan, jentera kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden, Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang merupakan Setiausaha Agung parti.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa parti tidak memandang mudah PRK itu meskipun Parlimen tersebut merupakan ‘kawasan’ PKR.

Beliau malah memberi gambaran kehadiran kepemimpinan tertinggi parti dalam sidang akhbar hari ini mempamerkan keseriusan PKR untuk memastikan kemenangannya.

“Kita harus merayu kepada pengundi, jelaskan situasi parti dan dapatkan sokongan mereka. Ini proses demokratik, sesiapa sahaja ada hak untuk terlibat dan menawar diri sebagai calon,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini