Tidak patut tuduh pusat tahfiz ‘haram’ - Utusan Malaysia

Tidak patut tuduh pusat tahfiz ‘haram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, Terguris hati sebahagian umat Islam apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengatakan pusat tahfiz yang tidak beraftar adalah pusat tahfiz ‘haram’.

Kalau menteri kata hendak tutup pusat tahfiz sebab tidak berdaftar adalah lembut sedikit tetapi jika mengatakan pusat tahfiz ‘haram’ memang sangat menghina. Adakah semua yang diajar itu juga ‘haram’. Kenapa pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak dikatakan sebagai ‘pendatang haram’. Boleh pula kita guna perkataan lembut walaupun kepada orang asing.

Ramai menteri Melayu sekarang ini bercakap seolah-olah bagi pihak bukan Islam. Saya tidak mendengar lagi ada menteri Melayu mengeluarkan kenyataan supaya kedai dan kilang arak ditutup ketika ramai yang mati kerana meminum arak baru baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

HAMBA ALLAH

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini