SEMENJAK kehadiran anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir sekitar Ramadan lalu dalam hidup pasangan suami isteri, Achey dan Nor Hasanah Yahaya, aneka haruman debunga kasih sayang yang mewangi dalam kehidupan mereka. “Ya, masih lagi berusaha (untuk mendapatkan anak sendiri). Namun, saya dan orang rumah tidak mahu tertekan mahupun terkejar-kejar dalam urusan mendapatkan anak sendiri. “Kehadiran Tiara dalam hidup kami pun datang secara tiba-tiba. Namun, kami amat bersyukur dengan kurniaan ini.…










