IPOH 19 Sept. – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd. Nizar Zakaria menafikan akan meninggalkan UMNO selepas tular di laman sosial nama beliau dikaitkan sebagai antara pemimpin yang dikatakan akan keluar parti.

Menurutnya, beliau akan terus setia dengan parti demi memegang amanah serta tanggungjawab rakyat yang memilihnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Itu (senarai) tak betul, tak ada sebab untuk saya keluar parti, senarai itu bertujuan provokasi untuk menghuru-harakan parti, saya tetap setia dengan parti,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE










