PUTRAJAYA – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut yang membadai beberapa kawasan di Filipina semalam dan hari ini. Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, keadaan di kawasan yang terjejas masih lagi tidak selamat, maka seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak ke kawasan yang terlibat. “Kebanyakan kawasan yang terjejas oleh taufan itu adalah di bahagian utara Luzon, Filipina.…








