KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan akaun media sosial ahli keluarga Istana Johor sedang dipantau seperti yang didakwa Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menurut beliau, pihaknya memberi jaminan bahawa perkara seperti itu tidak berlaku. “Berhubung kenyataan Tunku Mahkota Johor di laman sosial Facebook bertajuk ‘My father and I being monitored,’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin memberi jaminan kepada Istana…










