KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club I (TFC I) mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun selepas menewaskan Felda United 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. Skuad Penyu yang ketinggalan 0-2 sehingga minit ke-56 mara bergaya dengan agregat 6-4. Terdahulu, Felda United mendahului 2-0 menerusi jaringan pemain pertahanan import, Thiago Junio dan penyerang Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-12…










