SHAH ALAM 19 Sept.- UMNO Bahagian Shah Alam tetap istiqamah dalam memastikan pendidikan masyarakat khususnya orang Melayu berada di landasan yang sepatutnya. Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan kini di bawah Pakatan Harapan, ia bukanlah penghalang untuk pihaknya mengadakan program bagi memastikan pendidikan menjadi keutamaan golongan bumiputera. “Hari ini kita meraikan 100 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasan Parlimen Shah Alam. “Kebiasaannya menjelang peperiksaan besar seperti…










