KUALA LUMPUR 18 SEPT. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan kerjasama antara UMNO dan Pas yang dikatakan menjadi punca Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada UMNO hari ini.
I have been vocal in cautioning my party against this alliance with PAS. And I bore the brunt of attacks from within. Now, we have lost a leading light of our party. A brilliant and good man. This is on you, Mr Presiden.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 18, 2018
Memuatkan artikel berkaitan…
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, parti tersebut kini kehilangan seorang pemimpin yang berpengaruh dipercayai kerana kerjasama antara dua parti Melayu tersebut.
“Saya secara lantang sudah mengingatkan parti berhubung kerjasama dengan Pas. Dan saya sudah menjangkakan ada ahli parti akan memberontak.
“Sekarang kita sudah kehilangan orang yang berpengaruh dalam parti. Seorang yang bijak dan baik. Sekarang keputusan di tangan anda, Presiden,” katanya di laman Twitter miliknya hari ini.
Beliau mengulas keputusan Mustapa yang mengumumkan keluar parti selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk UMNO.
Mustapa berkata, keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya. – UTUSAN ONLINE











