Terima suapan: Pengurus ladang ditahan reman - Utusan Malaysia

Terima suapan: Pengurus ladang ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 20 Sept. -Seorang pengurus ladang di sini ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan berjumlah RM27,500 daripada seorang pembekal peralatan dan jentera.

Perintah itu dikeluarkan oleh  Hakim Mahkamah Majistret/Sesyen, Badrul Munir Mohd Hamdy pagi ini sebelum suspek yang ditangkap semalam dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk siasatan lanjut.

Suspek yang berusia 54 tahun dipercayai menerima suapan daripada seorang pemilik syarikat perkakasan menerusi akaunnya sebagai dorongan untuk meneruskan kerja-kerja pembekalan peralatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, kesalahan itu dipercayai dilakukan  antara bulan Julai  hingga Disember 2015.

Semalam, pemilik syarikat  berusia 36 tahun yang ditahan petang kemarin direman selama lima hari bagi membantu siasatan dibawah seksyen 16(a)(a)  Akta SPRM 2009.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kemaman, Masni Hajar Ghazali.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini