IPOH – Kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak selepas berjaya mengumpul 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa. Ini merupakan kali kelima kontinjen dari Pantai Timur itu merangkul gelaran juara keseluruhan Sukma, kejuaraan sebelum ini dilakar pada 2008 di Kuala Terengganu, 2010 di Melaka, 2011 di Pahang dan 2012 di Kuala Lumpur. Stadium Perak dibuka seawal pukul 5 petang, dengan orang ramai berpusu-pusu…










