Adam Faris, 8, tampak begitu menyukai segala aktiviti berkaitan kuda seperti mewarna, membentuk kuda olok-olok menggunakan plastisin atau bermain dengan patung haiwan tersebut. Sungguhpun mempunyai masalah pertuturan, dia dengan wajah ceria pantas menyebut horse apabila ditunjukkan gambar kuda oleh gurunya Shazini Ahmad yang juga merupakan jurupulih cara kerja di pusat intervensi awal kanak-kanak dikenali sebagai Animals For Young. “Tetapi dia belum pernah melihat kuda sebenar. Jika dia dapat menyentuh dan…










