Teong Kim senarai 23 pemain - Utusan Malaysia

Teong Kim senarai 23 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) kebangsaan, Lim Teong Kim menyenaraikan 23 pemain bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur bermula 20 September hingga 7 Oktober ini.

Malaysia yang di­undi dalam Kumpu­lan A akan me­mu­lakan kempen ber­de­pan Tajikistan pada 20 September, diikuti aksi menentang Thailand (23 September) dan Jepun (26 September) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, pasukan negara akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang dijadualkan 30 September.

Sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional manakala jika naib juara mereka akan beraksi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya manakala final pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di ketiga-tiga venue namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual untuk kategori VIP berharga RM20 dan grandstand RM15. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN