DAMSYIK – Rejim Presiden Bashar Al-Assad dan Rusia melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat terakhir pemberontak Syria di wilayah Idlib, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak terbunuh, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR). Pengeboman di Idlib dan kawasan sekitarnya memasuki hari kedua semalam selepas rundingan bagi menghentikan kemaraan tentera Syria yang dihadiri oleh wakil Rusia, Iran dan Turki di Teheran gagal. SOHR yang berpangkalan di Britain menyatakan, serangan berat…










