STRASBOURG, PERANCIS 12 Sept. – Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan agar media sosial dan laman sesawang diberi tempoh sejam mengeluarkan propaganda kumpulan pengganas atau berhadapan tindakan pihak berkuasa ataupun denda yang tinggi. Cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker merupakan pendekatan paling tegas setelah selama ini EU hanya berharap firma internet melakukannya secara sukarela. “Penduduk Eropah berharap kepada EU untuk melindungi mereka dan hari ini suruhanjaya ini mencadangkan peraturan…










