KAGOSHIMA, Jepun – Taufan kuat bersama hujan lebat dan angin kencang melanda selatan Jepun semalam menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa bandar. Taufan Trami itu turut menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ditutup sementara. Semalam taufan yang membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 216 kilometer sejam itu melanda Pulau Okinawa, mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang. Rakaman televisyen menunjukkan dahan-dahan pokok yang patah disebabkan angin kencang sehingga menghalang jalan utama di bandar Naha,…










