WILMINGTON, Carolina Utara – Hujan, angin kencang dan banjir melanda negeri Carolina Utara dan Carolina Selatan semalam ketika Taufan Florence membadai kawasan pesisir pantai dan mengancam berjuta-juta penduduk. Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper berkata, ribut itu dijangka menyebabkan seluruh negeri itu ditenggelami air banjir sehingga satu meter, sementara ahli kaji cuaca tempatan, Brandon Locklear meramalkan taburan hujan selama lapan bulan akan turun dalam tempoh dua atau tiga hari. Taufan Florence…









