PERMATANG PAUH 16 Sept. – Pelbagai tarian etnik yang dipersembahkan penari Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang memukau tetamu pada sambutan Hari Malaysia peringkat Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini hari ini. Bukan sahaja tarian tradisional Melayu, India dan Cina tetapi tetamu juga terhibur dengan persembahan tarian tradisional Sabah dan Sarawak yang ditonjolkan. Selain itu turut mencuri tumpuan adalah persembahan tarian dan sketsa kenegaraan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah…










