KUALA LUMPUR 30 Sept. – Sebagai pembahas pertama usul ucapan dasar Presiden selepas UMNO bergelar pembangkang, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang terkenal dengan kelantangannya kecewa dengan tindakan sesetengah kepemimpinan kanan parti yang ‘menyepikan’ diri selepas tidak lagi memerintah. Dengan memakai dastar atau tanjak etnik Iranun, beliau yang berucap mewakili UMNO Sabah menggelar mereka sebagai Tanggang Moden kerana telah memaparkan mesej negatif dan melemahkan semangat ahli…










