GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Myanmar terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kirinya tersepit di dalam mesin pemotong daging di sebuah premis di Taman Lip Sin, Sungai Dua di sini kira-kira pukul 1 petang tadi. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.24 petang dan tiba ke…










