KUNAK – Dua suspek ditembak mati dipercayai tali barut kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di kawasan perkampungan air Kampung Kunak 3 di sini semalam. Dalam serbuan pada pukul 10.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia 50-an meloloskan diri menggunakan sebuah bot pam laju bertindak melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa. Komander Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata, pemeriksaan terhadap suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri…










