Tajul dikecam tak beradab - Utusan Malaysia

Tajul dikecam tak beradab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini ramai betul yang meluahkan kepada Diva mengenai sikap penyanyi Tajul sewaktu dirinya muncul dalam program televisyen I Can See Your Voice baru-baru ini. Dalam program itu, adik kepada arwah Achik Spin itu diundang untuk menjadi penyiasat memandangkan ia sebuah program yang meneka siapa peserta yang menyamar untuk menjadi penyanyi.

Justeru, dalam program itu, ada empat orang lagi penyiasat. Jadi tugasan Tajul ini dia perlu memberikan pandangan dan idea kepada artis jemputan pada episod hari itu iaitu Kaka Azraff. Ramai yang mempertikaikan tindakan Tajul yang dikatakan seperti tidak berfungsi dalam program itu.

Selain banyak diam dan duduk, ada satu momen itu penonton ‘tangkap’ Tajul bermain telefon bimbit sewaktu bersiaran. Artis lain ketika itu, Jihan Muse, Aiman Tino dan Mark Adam masing-masing melontarkan pandangan masing-masing, tetapi Tajul sibuk dengan telefon.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan itu secara tidak langsung menyebabkan ramai meluahkan rasa tidak seronok. Ada yang mendakwa Tajol merosakkan episod minggu itu seolah-olah tidak mempunyai adab.

Kalau Diva fikirkan balik, memang belum pernah lagi sewaktu program bersiaran, artis bermain telefon.

Selalunya, telefon tidak perlu dibawa ke set sewaktu acara berlangsung. Barangkali ada perkara penting atau kecemasan pada masa itu.

Diva pun tak pasti kerana tuan punya badan sahaja yang ada jawapan. Cuma, kalau baca komen-komen netizen, memang ramai yang hentam Tajul.

Diva: Dengar cerita filem Paskal dah kutip RM2 juta hari pertama tayangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini