AHLI sufi, Ibnu al-Arabi al-Hatimi pernah berkata, apabila seseorang itu dihalang oleh Allah SWT untuk mendapat nikmat, maka itulah pemberian-Nya. Sebaliknya, apabila kamu diberi sesuatu pemberian, itulah halangan-Nya. Oleh itu, pilihlah (kezuhudan) dengan meninggalkan (kemewahan dunia dan tidak mengambilnya). Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu, padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui (segala sesuatu),…











