Syed Zaid dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti - Utusan Malaysia

Syed Zaid dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Sept.- Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang baharu berkuatkuasa pada 15 Oktober ini.

Syed Zaid dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti
Syed Zaid Albar

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Syed Zaid berkelulusan ijazah undang-undang dari universiti di United Kingdom (UK) dan pernah menjadi peguam di Lincoln’s Inn, London pada 1979.

“Pada 1980 pula, Syed Zaid menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau mempunyai pengalaman lebih 38 tahun di dalam bidang perundangan.

“Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Skrine & Co dan telah menubuhkan syarikat perundangan sendiri iaitu Albar & Partners,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Syed Zaid juga pernah menjadi ahli panel inkuiri dana pampasan dan ahli jawatankuasa rayuan di Bursa Malaysia Berhad serta menjadi ahli jawatankuasa kajian undang-undang kewangan Islam di Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam pada itu katanya, kemahiran yang dimiliki Syed Zaid merentas pelbagai sektor seperti undang-undang korporat, pasaran modal, sukuk, perbankan islam dan konvensional.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN