KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu hak bersuara terus diberikan kepada anak muda di negara ini. Beliau berkata, golongan pelajar dan mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan baharu jika mereka berasa sedemikian. “Kita tidak sepatutnya halang sebarang kritikan,” katanya menerusi Twitter. Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan dua orang mahasiswa yang didakwa telah ditangkap semalam kerana menyertai…









