Susah dapat akhbar Utusan? - Utusan Malaysia

Susah dapat akhbar Utusan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Saya adalah pembaca tegar akhbar Utusan Malaysia rasa hampa kerana selepas pilihan raya yang lalu surat khabar ini seperti diboikot kerana surat akhbar tersebut seperti sudah habis sebelum jam 9 pagi lagi.

Keadaan seperti ini sentiasa berlaku sebelum ini.

Ada dalam kalangan penjual akhbar yang menyatakan akhbar tersebut dibekalkan amat sedikit. Ada yang menyatakan tidak dibekalkan lagi. Semasa saya balik ke kampung pun keadaan seperti itu juga berlaku. Jika saya dapat membelinya, cuma tinggal dua atau tiga naskhah sahaja walaupun pada waktu pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya percaya maklumat-maklumat yang disampaikan dalam akhbar Utusan Malaysia adalah bertepatan dan sesuai untuk tatapan semua warga Malaysia masa kini.

Mohon pihak yang berkaitan dapat melihat dan memantau sendiri penghantaran dan penjualannya di kedai-kedai supaya dapat memenuhi keperluan pembaca akhbar ini.

PEMBACA SETIA UTUSAN

Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini