Sayu mendengar bacaan surah-surah lazim yang dialunkan oleh golongan gelandangan. Kelihatan mereka benar-benar berusaha untuk menghafal dan membacanya, biarpun tampak sukar. Mungkin sedikit kekesalan di jiwa kerana selama ini tidak berpeluang untuk mengemaskan bacaan, namun dengan hidayah yang dikurniakan Tuhan, insan-insan terpilih ini terpanggil untuk mendalami bacaan al-Quran. Sudah lebih setahun berlalu sejak kelas Al-Furqan, Chow Kit diwujudkan bagi memudahkan gelandangan mendalami bacaan ayat suci al-Quran juga mempelajari serba sedikit…










