KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kerajaan akan mengumumkan satu skim subsidi baharu bagi menyediakan bekalan elektrik mampu milik untuk golongan miskin tegar. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pengumuman berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh beberapa minggu lagi. “Ia hanya bagi golongan benar-benar miskin, untuk seramai 179,000 individu yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih),” ujarnya. Tambah beliau, kementerian akan membentangkan Rang Undang-undang…










