KUALA LUMPUR 7 Sept. – Orang ramai dijemput menyaksikan pertandingan Suara Emas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) peringkat akhir yang akan diadakan di The Summit, USJ 1, malam ini. MPSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan itu akan bermula pada pukul 8 malam. “Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai penyelaras Noor Sabrina Samsudin di talian 012-6934906,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










