KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan senarai para pegawai yang boleh dihubungi bagi membantu peniaga memahami prosedur pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). “Peniaga boleh menghubungi Pegawai Pakar SST di Ibu Pejabat dan Ketua SST negeri yang telah dilantik bagi membantu menjawab sebarang pertanyaan berkaitan SST,” kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan hari ini. Peniaga juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam di…










