KUALA LUMPUR 28 Sept. – Harga rumah sepatutnya mengalami penurunan antara tiga dan lima peratus ekoran pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan. Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, berdasarkan kajian industri, kos pembinaan seperti simen dan batu-bata yang merupakan faktor menyebabkan kenaikan harga rumah dan bangunan yang rendah seharusnya menjadikan harga…










