SHAH ALAM 5 Sept. Syarikat pengeluar barangan elektronik, Sharp Electronic Malaysia (SEM) Sdn. Bhd. mengekalkan harga produk biarpun dengan pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa 1 September lalu. Pengarah Urusan SEM, Robert Wu berkata, tawaran itu diberikan bagi produk-produk buatan Malaysia sempena dengan kempen Sharp My AQUOS yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember ini. Katanya, Sharp juga bakal menyumbang sebanyak RM5 bagi setiap jualan produk…










