IPOH 4 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengeluarkan 150 notis di bawah Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada 150 pemilik premis di negeri ini sejak Sabtu lalu. Pengarah KPDNHEP negeri, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, dalam operasi di kesemua premis itu sejak pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pihaknya telah memeriksa sebanyak 4,500 barang. Katanya, notis yang dikeluarkan itu bukannya…










