KUALA LUMPUR 3 Sept. – Keputusan menggugurkan pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan tidak pernah dibincangkan dengan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut laporan Malaysiakini, perkara itu diberitahu oleh beberapa sumber termasuk daripada pegawai penyiasat kanan suruhanjaya itu. Sumber tersebut berkata, peguam Guan Eng tersilap apabila mendakwa pegawai SPRM yang memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. “Arahan untuk menarik diri daripada…










