SAUDARA PENGARANG, SAYA terbaca laporan sebuah portal berita bahawa kes pegawai kanan Menteri Pertahanan yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah dianggap ‘selesai’ oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah). Sebelum ini, Ketua Pemuda Amanah sendiri yang menuntut pegawai terbabit direhatkan sementara SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan penerimaan RM800,000 untuk suspek menyelesaikan hutang seterusnya keluar dari status muflis. Nampaknya politik dalaman parti juga bercanggah dalam hal…










