SPR seru pengundi Balakong, Seri Setia tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

SPR seru pengundi Balakong, Seri Setia tunai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru 62,188 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia (50,722) supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada Sabtu ini.

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengundi juga dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun tempoh waktu mengundi telah dilanjutkan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

“Kita juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakan awal bertujuan memudahkan pengundi untuk merancang perjalanan serta mengelakkan mereka menghadapi masalah kesesakan di pusat mengundi khususnya di barung semakan SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengundi boleh membuat semakan saluran dengan melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my ; menghubungi talian 03-88927018; menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 atau menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini