PUTRAJAYA, 19 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson, esok. Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, mesyuarat akan membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu. Selain itu, mesyuarat yang dipengerusikan…










