SAUDARA PENGARANG, SAYA tertarik dengan tulisan Pengemis Soh dari Bangsar mengenai anugerah gelaran Tun kepada mereka yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Memang semua yang pernah menjadi Perdana Menteri serta pasangan telah dianugerahkan gelaran Tun kecuali Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (mungkin disebabkan kerabat raja).
Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pertama tidak diberikan anugerah sama. Najib terlibat dalam politik dan kerajaan seawal usia 23 tahun, sekarang umur beliau sudah 67 tahun.
Congaklah sendiri berapa lama beliau berkhidmat untuk negara. Beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan banyak lagi jawatan.
Jangan pandang jasa Najib sebelah mata walaupun hanya sembilan tahun menjadi Perdana Menteri.
Hashim Ramli
Sabak Bernam










