KUALA LUMPUR 11 Sept.- Pernah popular dengan lagu, Janjiku, kumpulan, Sofazr kini kembali mengubati rindu peminat dengan konsert mini mereka pada 24 November depan. Bakal menggegarkan pentas The Bee, Publika, vokalis Sofazr, Zimie menganggap tiga tahun tanpa sebarang lagu baharu bukan petanda mereka sudah berkubur daripada industri seni. “Kami masih aktif dan konsert mini itu nanti adalah satu cerminan kepada kebangkitan kami semula dalam industri. Semuanya untuk mengubati rindu peminat.…










