Skrip Sukan Asia berulang di Australia - Utusan Malaysia

Skrip Sukan Asia berulang di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Hasrat skuad hoki kebangsaan untuk menebus kekecewaan final Sukan Asia 2018 berakhir dengan skrip lama berulang apabila menamatkan saingan dengan seri 3-3 menentang Jepun dalam kejohanan Antarabangsa Terbuka Darwin di Pusat Hoki Marrara, Australia, hari ini.

Malaysian Tigers membenarkan Jepun bangkit mengikat kedudukan 3-3 selepas mendahului 3-1, dan situasi itu hampir sama dengan saingan akhir Sukan Asia di Jakarta apabila lawan mengejar daripada ketinggalan 2-5 untuk menyamakan jaringan 6-6.

Penolong ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Amin Rahim berkata, kelekaan mengawal pemain lawan memberi ruang buat Jepun mendapatkan dua gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bermain baik pada suku pertama yang menyaksikan kami mendahului 3-1 malah beberapa keputusan pengadil juga memberi kesan kepada pemain sehingga hilang tumpuan. Ini perlu diperbaiki jika tidak mahu masalah sama berulang.

“Menjelang pertemuan dengan Argentina (Jumaat), pemain perlu lebih fokus dan yakin dengan kemampuan, selain tingkatkan lagi disiplin ketika bertahan dan jangan mudah hilang bola,” kata Muhammad Amin.

Ketiga-tiga jari­ngan Malaysia disem­purnakan Muhammad Razie Abdul Rahim menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-15 dan 21, selain Fitri Saari (minit ke-27).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini