Skim subsidi elektrik baharu untuk bantu golongan miskin tegar - Utusan Malaysia

Skim subsidi elektrik baharu untuk bantu golongan miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu skim subsidi elektrik baharu akan diperkenalkan bagi membantu golongan miskin tegar, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa beberapa minggu ini, yang mana bantuan itu akan disalurkan kepada 179,000 peserta yang berdaftar dengan sistem eKasih,” katanya kepada pemberita pada hari pertama Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, di sini, hari ini.

Sistem eKasih adalah sistem pangkalan data yang dibangunkan untuk menyokong perancangan, pelaksanaan dan memantau program membasmi kemiskinan negara.

“Lebih banyak perincian akan diumumkan selepas kerajaan menjalankan kajian menyeluruh mengenai perkara ini,” kata Yeo.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Akta Keberkesanan Tenaga dan Pemuliharaan akan dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun depan bagi meningkatkan penjimatan dan keberkesanan tenaga di negara ini.

CEPSI 2018 dianjurkan oleh Tenaga Nasional Bhd dan berakhir pada 22 September. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN