KUALA LUMPUR 26 Sept. – Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, dan pasangan duetnya menerusi lagu Hati Kama iaitu Noraniza Idris, 50, tekad untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah. Siti berkata, dia akan memikirkan sesuatu untuk menyumbang ke arah memartabatkan semula lagu-lagu berentak irama Malaysia. “Pemergian Pak Ngah amat mengejutkan banyak pihak. Buat masa ini saya masih belum memikirkan sebarang perancangan. “Bagaimanapun…










