Sindiket jual senjata tiruan tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket jual senjata tiruan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 14 Sept. – Satu sindiket menjual senjata api dan peluru tiruan yang berselindung di sebalik perniagaan kosmetik, beg dan barangan elektrik tumpas selepas pihak polis menyerbu sebuah premis terlibat di bandar ini pada 6 September lalu.

DATUK OMAR MAMMAH
DATUK OMAR MAMMAH 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menahan pemilik premis berkenaan dan menemukan sejumlah peluru tiruan, komponen senjata api dan sembilan laras senapang angin.

Beliau berkata, susulan daripada siasatan dan maklumat suspek, empat lagi lelaki tempatan yang turut mempunyai peranan dalam perniagaan itu dalam beberapa serbuan berasingan bermula 9 September hingga semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maklumat yang diterima daripada orang awam mendapati premis berkenaan menjalankan perniagaan halal bagi menutup aktiviti haram yang berlaku di sebaliknya, justeru polis telah melakukan serbuan.

“Hasil serbuan membawa kepada penahanan suspek pertama berusia 36 tahun yang berasal dari Semenanjung dan siasatan mendapati lelaki ini menjual peluru jenis buckshot, pellet timah serta senapang angin yang diperoleh dari Mansalong, Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun dan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Ahmad Jawila.

Omar berkata, maklumat yang diterima daripada suspek membawa kepada pengesanan empat lagi suspek berusia 29 hingga 40 tahun yang merupakan orang tengah, pembekal serta pelanggan dalam perniagaan itu dan kesemuanya berjaya ditangkap di daerah ini antara 9 September hingga semalam.

Katanya, sindiket berkenaan didapati menjual senapang angin itu pada harga RM300 hingga RM700 selaras manakala peluru buckshot pada harga RM10 sebutir dan RM3 bagi setiap satu kotak pellet timah.

“Kesemua suspek direman bermula 7 September hingga Selasa depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini